Powered By Blogger

MONEY

SURVEY SITE

FoLLoWerS

Saturday, October 3, 2009

LAWAK BUDI BAHASA LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul

didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda

itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya

sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh

kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu

pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata

dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah,

saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil

menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa

punya perasan lah dia ni?!!!

p/s:jgnlah jd seperti ini..hee

No comments: